27 Oktober 2008

Kursus Rawatan Islam Di Kuantan

Kursus Rawatan Islam selamat diadakan di Kuantan pada 26 Okt 2008 dengan kerjasama Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE). Alhamdulillah seramai 90 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.








23 September 2008

Segera Bersedekah

Diriwayatkan bahawa syaitan laknatullah berkata kepada Musa bin Imran : "Janganlah engkau berdua-duaan dengan wanita yang bukan muhrim lalu aku menjadi orang yang ketiga, janganlah engkau mencampurinya lalu aku menyertaimu dan jika engkau berazam bersedekah maka bersegeralah melakukannya, jika engkau tidak bersegera melakukannya maka aku membukakan bagimu pada yang demikian 70 pintu kefakiran yang menghalang kamu dari bersedekah."

21 September 2008

Memuliakan Tetamu

Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda : "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya.

Kemuliaan tetamu ialah memuliakannya kerana mencari keredhaan Allah dan menjamunya dari yang halal.

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila tetamu masuk ke dalam rumah seorang mukmin maka masuk bersama seribu berkat dan seribu rahmat dan Allah s.w.t. telah menulis bagi pemilik rumah dengan setiap suapan yang dimakan tetamu pahala haji dan umrah."

Rasulullah s.a.w. bersabda : "Wahai sekalian manusia, jangan kamu membenci tetamu maka sesungguhnya apabila ia datang maka rezekiNya datang bersamanya dan apabila ia pergi maka dosa-dosa ahli pergi bersamanya."

19 September 2008

Kursus Perubatan Islam


Creative Mind Training & Consultancy akan menganjurkan Kursus Perubatan Islam pada 26 Oktober 2008. Untuk maklumat lanjut sila klik gambar di atas :

FAKTOR MANUSIA LUPA KEPADA ALLAH

Penyakit terlalu banyak hendak berseronok
Penyakit terlalu bermewah-mewah
Penyakit suka menghitung harta banyak yang disimpan tetapi sedikit sahaja dibelanjakan untuk fisabillillah

Dari cmtc2u