20 Januari 2011

Tip Menulis Surat Jualan Yang Menghasilkan Jualan

Adakah rupa penting bagi anda? Kebanyakan pelanggan akan mengatakan ”YA”.

Di dalam jualan, rekabentuk dan penampilan adalah faktor terpenting. Rupa dan rekabentuk akan menentukan sama ada anda berjaya menjual ataupun tidak.

Di dalam mencipta surat jualan, rupa juga merupakan faktor penting untuk mencapai kejayaan. Tawaran yang menarik, gambar produk yang jelas, latar belakang surat jualan yang menawan akan membawa kejayaan kepada surat jualan anda berbanding mereka yang hanya mementingkan isi kandungan sahaja.

Surat jualan yang menarik akan menyebabkan bakal prospek anda meneliti lebih lama dan akan menyelusuri keseluruhan surat jualan anda. Akhirnya surat jualan yang menarik akan membawa kepada jualan yang berkesan.

Kursus Ke Arah Kecemerlangan Sekolah

19 Januari 2011

Soalan Yang Akan Membawa Anda Kepada Bakal Pelanggan

Bertanya soalan adalah kaedah terbaik untuk membuka nota jualan anda.Caranya adalah mencari pernyataan yang baik bagi menyambar emosi serta penglibatan bakal pelanggan anda.

Sebagai contoh : "Adakah anda selalu mengalami masalah kewangan?"

Soalan tersebut akan menarik perhatian orang kerana secara majoritinya orang akan menjawab "Ya..." Soalan tersebut akan menarik bakal pelanggan ke dalam iklan. Mereka akan terus mencari apakah jalan penyelesaian yang akan anda kemukakan. Bakal pelanggan akan terus membelek iklan anda kerana mereka merasakan bahawa mereka juga 'terlibat' di dalam permasalahan tersebut.

Contoh soalan-soalan lain yang berkesan,

Adakah anda tahu......?
Adakah ini pernah berlaku pada anda......
Jika anda .......?