20 Januari 2011

Tip Menulis Surat Jualan Yang Menghasilkan Jualan

Adakah rupa penting bagi anda? Kebanyakan pelanggan akan mengatakan ”YA”.

Di dalam jualan, rekabentuk dan penampilan adalah faktor terpenting. Rupa dan rekabentuk akan menentukan sama ada anda berjaya menjual ataupun tidak.

Di dalam mencipta surat jualan, rupa juga merupakan faktor penting untuk mencapai kejayaan. Tawaran yang menarik, gambar produk yang jelas, latar belakang surat jualan yang menawan akan membawa kejayaan kepada surat jualan anda berbanding mereka yang hanya mementingkan isi kandungan sahaja.

Surat jualan yang menarik akan menyebabkan bakal prospek anda meneliti lebih lama dan akan menyelusuri keseluruhan surat jualan anda. Akhirnya surat jualan yang menarik akan membawa kepada jualan yang berkesan.

Kursus Ke Arah Kecemerlangan Sekolah

19 Januari 2011

Soalan Yang Akan Membawa Anda Kepada Bakal Pelanggan

Bertanya soalan adalah kaedah terbaik untuk membuka nota jualan anda.Caranya adalah mencari pernyataan yang baik bagi menyambar emosi serta penglibatan bakal pelanggan anda.

Sebagai contoh : "Adakah anda selalu mengalami masalah kewangan?"

Soalan tersebut akan menarik perhatian orang kerana secara majoritinya orang akan menjawab "Ya..." Soalan tersebut akan menarik bakal pelanggan ke dalam iklan. Mereka akan terus mencari apakah jalan penyelesaian yang akan anda kemukakan. Bakal pelanggan akan terus membelek iklan anda kerana mereka merasakan bahawa mereka juga 'terlibat' di dalam permasalahan tersebut.

Contoh soalan-soalan lain yang berkesan,

Adakah anda tahu......?
Adakah ini pernah berlaku pada anda......
Jika anda .......?

23 Julai 2009

Kursus Fotografi Asas



Alhamdulillah, dengan izinNya maka kami di CMTC dengan sukacita mengumumkan bahawa kami akan mengadakan kursus Fotografi Peringkat Asas bersama dengan Guru fotografi yang tidak asing lagi iaitu Encik Ali @ Nublee pengasas dan pemilik http://www.2121studio.com, sebarang pertanyaan dan pendaftaran boleh berhubung dengan Encik Mohamad Nizam 019 911 6115 dan Mohd Zainuddin 019 354 2474.

Yuran boleh dibank in ke akaun Maybank CMTC - 5562 2630 1181

Atau datang ke pejabat kami

Creative Mind Training & Consultancy ( CA0094011-H ),
DF24, Kompleks Dagangan Mahkota,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan,
Pahang.

27 Oktober 2008

Kursus Rawatan Islam Di Kuantan

Kursus Rawatan Islam selamat diadakan di Kuantan pada 26 Okt 2008 dengan kerjasama Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan (AKRINE). Alhamdulillah seramai 90 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut.