20 Januari 2011

Tip Menulis Surat Jualan Yang Menghasilkan Jualan

Adakah rupa penting bagi anda? Kebanyakan pelanggan akan mengatakan ”YA”.

Di dalam jualan, rekabentuk dan penampilan adalah faktor terpenting. Rupa dan rekabentuk akan menentukan sama ada anda berjaya menjual ataupun tidak.

Di dalam mencipta surat jualan, rupa juga merupakan faktor penting untuk mencapai kejayaan. Tawaran yang menarik, gambar produk yang jelas, latar belakang surat jualan yang menawan akan membawa kejayaan kepada surat jualan anda berbanding mereka yang hanya mementingkan isi kandungan sahaja.

Surat jualan yang menarik akan menyebabkan bakal prospek anda meneliti lebih lama dan akan menyelusuri keseluruhan surat jualan anda. Akhirnya surat jualan yang menarik akan membawa kepada jualan yang berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan